Sunday, November 24, 2013

Sharing Session on 9 November 2013

NYPMSN Sharing Session


Date: 9th November 2013
Led By: Amalina Anuar & Najihah
Topic: Sifat-Sifat Mazmumah

Sifat-Sifat Mazmumah
1) Hubbul jah (Kasihkan Megahan)
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat (dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada kemasyhuran)

Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.

Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

2) Hubbud Dunya (Kasihkan Dunia)
iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.

Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.

Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan. Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)

Perhatikan Firman Allah SWT berikut ini: 
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)

Cinta dunia adalah segala sesuatu yang membuat kita lalai kepada Allah SWT . Chontohnya, solat, puasa atau sedekah, dan kalaupun kita tetap melakukannya tapi tetap dikatakan sebagai urusan dunia, jika niatnya ingin dipuji makhluk hingga hati lalai terhadap Allah.

3) Takabbur (sombong)
Berbangga diri bahawa hanya dirinya yang paling hebat dan benar dibandingkan dengan orang lain. Takabur atau sombong merupakan sifat yang tercela dan berbahaya. Bagi orang yang takabur, Allah s.w.t akan member balasan berupa neraka jahanam sebagaimana firman Allah s.w.t
:Maka masuklah pintu-pintu neraka Jahanam kamu kekal  di dalamnya. Maka amat buruklah temat orang oran yang meyombongkan diri (An-Nahl:29)

Islam sangat melarang umatnya memiliki sifat takabur kerana kesombongan akan membuka jarak antara si kaya dan si miskin. Disamping itu, kita haurs sedar akan semua yang kita miliki hanyalah pemberian Allah s.w.t  sebagai nikmat

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri” (An-Nisa: 36)
Jenis-jenis Takabur:
a)Takabur  kepada Allah s.w.t
b)Takabur kepada Rasullah s.a.w
c) Takabur kepada sesame manusia

4) 'Ujub(bangga diri)
  • Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. 
  • Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Ujub termasuk dalam kategori dosa besar, dimana dalam hatinya bercongkol suatu sifat yang dapat menghilangkan kekuasaan Allah, termasuk dalam segala perbuatan yang telah Allah ciptakan (sifat baik dan buruk)[1], maka dari itu Allah berfirman dalam
surah Al-A’raf  ayat 99:
“Maka Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi”.

5) Riya’ (menunjuk-nunjuk)
“Riya’ adalah melakukan ibadah karena mengharap arah kepada manusia supaya mendapat keuntungan darinya (pujian dan penghormatan)”.

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.


“Dan apabila dikatakan kepada mereka:“Janganlah kamu membuat bencana dan kerusakan di muka bumi”, mereka menjawab: ”Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Ketahuilah! Bahwa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerusakan, tetapi mereka tidak menyadarinya. – Surah Al-Baqarah

No comments: