Friday, February 21, 2014

Sharing Session on 15th February 2014

NYPMSN Sharing Session



Date: 15th February 2014
Led By: Brother Khairul Azahar & Brother Asyraf
Topic: Manners in Seeking Knowledge (Adab-adab Belajar)

Adab-Adab Belajar


Imam Shafie

  • Salah seorang Imam Mazhab yang empat.
  •  Menghafaz Al-Quran seawal umur 9 tahun lagi.
  • Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’.
  • Pergi ke Madinah untuk menuntut ilmu.
  • Di majlis ilmu Imam Malik, Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur kemudian ditulis di tapak tangannya.
  • Imam Malik menyoal Imam Shafie mengenai hadis yang telah diajar olehnya pada haritu itu dan mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal oleh Imam Shafie daripada 20 hadis yang di telah diajari.
  • Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik.


Pengajaran:

1.Diperhatikan kehadiran Imam Shafie yang sedikit lewat dalam majlis ilmu Imam Malik telah sedikit sebanyak mengganggu perhatian Imam Malik untuk menyampaikan ilmu sepenuhnya.

 Lantaran itu, dalam menuntut ilmu sebaik-baiknya biarlah berada di dalam majlis seawall mungkin dan tepat pada masanya kerana sesungguhnya ilmu itu ditunggu dan bukannya menunggu.

Hal ini juga dapat mengelak daripada penyampai ilmu dan penerima ilmu yang berada dalam majlis merasa terganggu dengan keterlewatan kita itu.

2. Dalam majlis ilmu, tumpuan perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada penyampaian ilmu. Apa sahaja perlakuan yang tidak berkaitan seharusnya dielakkan.

Perlakuan Imam Shafie sahaja yang sedang mencatat isi pengajaran kuliah Imam Malik dengan menggunakan lidi dan air liur di atas tapak tangan pun sudah begitu mengganggu tumpuan Imam Malik untuk mengajar apatah lagi sekiranya ada anak-anak murid yang bercakap-cakap atau melakukan hal-hal lain yang tidak berkaitan semasa pengajaran.

3. Seorang pendidik yang baik akan mengenal pasti kebolehan dan keistimewaan anak muridnya dalam mendidik, agar dengan itu proses pendidikandapatdilakukan dengan tepat, sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid tersebut.

 Menyedari kemampuandan keistimewaan Imam Shafie, Imam Malik  terus mengajak Imam Shafie ke rumah beliau untuk terus dididik dan dipertajamkan  kebolehannya sehingga akhirnya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan untuk kebaikan umat.
   
Antara  pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akandapat menyimpan ilmu yang  bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
  
20 Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali


  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan berciumtangan sebagai tanda penghormatan – ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk  guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
  
AL-IMAM ABDULLAH IBN MUBARAK RAHIMAHULLAH

Short bio:
·         He is Imam Abdullah ibnWadhih al-handhali al-tamimi
·         He is a Khurasan(surroundings of Afghanistan and central asia) scholar
·         He is a muhaddith(Scholar of hadith), Faqeeh(Scholar of Islamic jurisprudence), a poet, an orator

How he learn knowledge:
·         Travelling far and wide to reach and meet with scholars and teachers
·         Humility
·         Respect seniors and teachers
·         Give service to teachers and scholars
·         Creativity
·         Certainty(yaqeen)
·         Be all-rounded
·         Be grounded with good qualities/good character

The Good qualities of Imam Abdullah ibn Al-mubarak
·         Gathered knowledge: Fiqh, literature, grammar
·         Bravery
·         Eloquence of speech
·         Piety and abstinence
·         Night prayer and worship
·         Pilgrimage
·         Abandoning what did not concern him of speech
·         Differing as little as possible with companions

Tips on Studying:
1.    Take knowledge from the mouth of scholars and teachers
2.    Memorisation
3.    Learn one knowledge first and shun from mixing other knowledge with the first one
4.    Go play and exercise
5.    Study at the mosque

Summarised Shared Tips on Studying:
1.    Niat yang betul
2.    Ikhas kerana Allah
3.    Sifat Tawaduk – Belajar seperti kita tidak tahu apa-apa
4.    Datang kelas tepat pada waktu
5.    Baca doa belajar
1.    Hormat Guru
2.    Diam dalam kelas – Don’t distract or argue with guru
3.    Tulis nota – Take pride in any assignments that we were given and hand in on time
4.    Revise
5.    Help our friends in need – Teaching is the best way to learn
5.    Doa untuk sendiri dan guru
5.    Tawakkal

Alhamdulillah, JazakumuAllah Khair to everyone who came. (:







No comments: